Malaysian University English Test (MUET)

Malaysian University English Test (MUET) merupakan ujian kecekapan bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Ujian ini menilai penguasaan calon dalam empat kemahiran utama: Listening, Speaking, Reading dan Writing. MUET menjadi keperluan asas bagi kemasukan ke universiti serta penanda aras tahap kecekapan bahasa pelajar di Malaysia.

Di Universiti Islam Melaka (UNIMEL), pelaksanaan dan pengurusan program berkaitan MUET diterajui oleh Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) melalui kerjasama dengan Pusat Salman Al-Farisi (SAFC). Organisasi MUET UNIMEL komited menganjurkan Bengkel Persediaan MUET untuk membantu pelajar serta peserta luar meningkatkan prestasi dan keyakinan dalam menghadapi MUET.

Bengkel Persediaan MUET

Bengkel Persediaan MUET merupakan inisiatif anjuran Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) dengan kerjasama Salman Al-Farisi Centre (SAFC). Bengkel ini diadakan tiga (3) kali setahun dan dijalankan secara dalam talian melalui Google Meet. Tujuan utama bengkel ini adalah untuk membantu pelajar dan peserta luar memahami format, teknik, serta strategi menjawab peperiksaan MUET dengan lebih berkesan. Bengkel ini dianjurkan sebelum peperiksaan sebenar MUET bagi membantu peserta membuat persediaan rapi.

 

FOKUS BENGKEL PERSEDIAAN MUET

 

Bengkel ini memberi penekanan kepada empat kemahiran utama MUET:

 

KEMAHIRAN UTAMA MUET

Listening (800/1)

Kefahaman terhadap rakaman audio dan strategi menjawab soalan dengan tepat.

Speaking (800/2)

Latihan komunikasi berkesan untuk ujian lisan secara individu dan berkumpulan.

Reading (800/3)

Kemahiran mengenal pasti maklumat utama dan mentafsir teks bacaan.

Writing (800/4)

Panduan penulisan esei dengan struktur serta gaya bahasa yang betul.

YURAN BENGKEL MUET

Yuran Bengkel Persediaan MUET adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual di bawah, mengikut kategori peserta dan meliputi keempat-empat komponen utama MUET:

 

KATEGORI PESERTA

YURAN (RM)

KETERANGAN

Pelajar UNIMEL (tempatan)

150

4 kemahiran x RM40 = RM150 (diskaun RM10)

Peserta Luar (tempatan)

280

4 kemahiran x RM70=

RM 280