APEL.A
APEL.A ialah laluan kemasukan ke universiti bagi individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik formal tetapi memiliki pengalaman kerja yang relevan. Proses ini melibatkan pengenalpastian, pendokumentasian dan penilaian pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu, yang dijalankan oleh Pusat Penilaian APEL (PPA) dilantik oleh MQA sebelum kemasukan ke program pengajian. Inisiatif ini memberi peluang kepada individu berpengalaman kerja untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di institusi pengajian tinggi (IPT).
TAHAP KEMASUKAN APEL.A
Tahap kemasukan APEL.A merangkumi pelbagai peringkat pengajian, membolehkan calon menyambung pelajaran daripada peringkat sijil hingga ke peringkat doktor falsafah bergantung pada pengalaman dan kelayakan yang dimiliki.
TAHAP KEMASUKAN APEL.A | |
TAHAP | PERINGKAT |
APEL T-3 | Sijil |
APEL T-4 | Diploma |
APEL T-5 | Diploma Lanjutan |
APEL T-6 | Sarjana Muda |
APEL T-7 | Sarjana |
APEL T-8 | Falsafah |
Di UNIMEL, laluan APEL.A ditawarkan bagi kemasukan ke peringkat Sarjana Muda (T-6), Sarjana (T-7), dan Falsafah (T-8) memberi peluang kepada individu berpengalaman untuk melanjutkan pengajian tanpa memerlukan kelayakan akademik formal.
TEMPOH MASA
Penilaian APEL.A merupakan laluan alternatif untuk kemasukan ke program pengajian berdasarkan pengalaman kerja dan pengetahuan terdahulu. Berikut ialah maklumat berkaitan peringkat penilaian, tempoh masa pengajian, serta tempoh sah laku sijil kelulusan APEL.A:
PENILAIAN APEL.A (6 BULAN) | |
PERINGKAT | TEMPOH MASA |
Program Sarjana Muda (Sepenuh Masa) | 3-4 tahun |
Program Sarjana (Sepenuh Masa) | 1 tahun |
Tempoh sah laku Sijil Kelulusan Penilaian APEL: LIMA (5) tahun | |
Organisasi APEL.A
Organisasi APEL.A di UNIMEL terdiri daripada warga Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) yang berperanan membantu prospek dalam proses pendaftaran dan permohonan APEL.A, serta memberi panduan berkaitan prosedur dan keperluan kemasukan ke program pengajian.