Pusat Bahasa dan Pengajian Umum








Mengenai Pusat Bahasa dan Pengajian Umum
Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU) ialah pusat akademik yang terbentuk hasil penstrukturan semula beberapa unit berkaitan bahasa, pengajian umum dan kenegaraan di universiti. Pusat ini bermula sebagai Pusat Asasi dan Pengajian Umum (PAPU) pada tahun 2018 dengan tanggungjawab menyelaras program pengajian asasi, kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) dan kursus wajib universiti. Ketika itu, PAPU merangkumi tiga jabatan utama iaitu Jabatan Asasi, Jabatan Bahasa dan Wajib Universiti serta Jabatan Mata Pelajaran Pengajian Umum.
Pada 2020, penstrukturan dicadangkan bagi memperkukuh peranan pusat ini, dan pada 2021, PAPU diperluas melalui penempatan semula pensyarah bahasa dan MPU dari fakulti-fakulti lain. Pada Mac 2024, program asasi dipindahkan ke fakulti berkaitan, manakala Jabatan Bahasa dinaik taraf sebagai Akademi Pengajian Bahasa dan Penterjemahan (APBP). PAPU kemudian dijenamakan semula sebagai Pusat Pengajian Umum dan Kenegaraan (PuPUK).
Pada 13 Februari 2025, APBP dan PuPUK digabungkan sebagai usaha penyelarasan akademik, lalu membentuk Pusat Bahasa dan Pengajian Umum (PBPU). Kini, PBPU berperanan mengendalikan kursus bahasa, MPU, kenegaraan, komunikasi dan pembangunan pelajar, selaras dengan matlamat universiti untuk melahirkan graduan holistik dan berdaya saing.